Pengenalan SART

Sistem Aduan Rasuah Dan Tatakelakuan (SART) Unit Integriti, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani merupakan saluran untuk warga Kementerian/ Agensi dan orang awam menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan perlakuan jenayah rasuah atau pelanggaran tatakelakuan. SART akan memproses, meneliti dan menilai maklumat atau aduan diterima sebelum tindakan selanjutnya. Sekiranya berunsur jenayah rasuah akan disalurkan segera ke sistem teras operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tujuan siasatan atau risikan selanjutnya. Sekiranya berunsur pelanggaran tatakelakuan akan diambil tindakan oleh Unit Integriti.

Pengenalan Whistleblower

Whistle blowing merupakan tindakan memberitahu kepada organisasi tentang perbuatan yang bersalahan atau tidak beretika yang mempunyai nilai moral yang rendah, membahaya, tidak diingini serta boleh memusnahkan dan membazir.

Whistle blower pula ialah individu yang mendedahkan atau melaporkan aktiviti yang tidak sah atau tidak beretika di dalam organisasi kepada pihak tertentu.

Whistle blowing melibatkan tiga perkara iaitu :-

– Seseorang melakukan aktiviti yang tidak beretika.
– Orang yang melihat tingkah laku tersebut serta melaporkannya.
– Orang yang menerima laporan salah laku tersebut.


Sebarang pertanyaan mengenai aduan yang telah dibuat, sila email kepada : integriti@moa.gov.my